1) KURMA
-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan
menyebabkan penghuninya kurang sihat".
-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum
dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang
yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
-Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari
syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
-Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum
sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak
diganggu setan".
-Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang
baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
-Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang
hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang
bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya."
Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan
mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan
bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit dilelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa
a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan
Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa
yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak
merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.Oleh itu kurma elok di jadikan sarapan setiap pagi dan pencuci mulut bukan sahaja di makan pada bulan puasa sahaja.makanan sepanjang zaman.
KELEBIHAN KISMIS
-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
-Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
-Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
-Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".
Ramai yang percaya dan juga mengamalkan pengambilan kismis yang dikatakan boleh membuatkan otak menjadi cerdik, terutamanya pada kanak-kanak. Bagaimanapun, khasiat kismis bukan setakat itu sahaja, menurut pengkaji dari Amerika Syarikat, kismis yang terkenal dengan rasanya yang manis dan melekit mengandungi bahan yang mampun mengawal bakteria penyebab penyakit mulut dan gusi.Kajian mendapati bahan fitokimia (phytochemical) yang terdiri daripada lima jenis sebatian dalam kismis boleh mendatangkan kebaikan kepada gigi dan gusi dimana ia mampu menentang bakteria penyakit mulut dan gusi serta membantu dalam penjagaan mulut. Ini bermakna, mereka yang menghadapi masalah mulut berbau, boleh mengambil kismis untuk mengatasi masalah ini.