Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.
Diantara kelebihan buah tin:- Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak
sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
- Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.
Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:
- Penyakit Buasir
- Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
- Batuk yang berpanjangan
- Melawas kencing
Nutrisi | |
Protin gm | 4.3 |
Lemak gm | 1.3 |
Mineral gm | 2.4 |
Serat gm | 5.6 |
Karbohidrat gm | 63.4 |
Tenaga kcal | 274 |
Kalsium mg | 126 |
Forforus mg | 77 |
Zat besi mg | 3 |
Vitamin C mg | 1 |
No comments:
Post a Comment